Measles???Apa itu?

Monday, June 21, 2010 1 comments
Pagi nie, bangun je dari tido terus tgk tingkap..Owh..hujan..tapi saya ada misi di kebun.Misi hari ini adalah untuk mengalihkan pokok-pokok selasih saya dari pasu ke atas batas. Take a light shower, terus g kebun. Sampai je kat kebun,terus geleng kepala. Macam mana nak wat keje dengan air bertakung nie??Pagi tadi mesti hujan mencurah-curah..tergendala sudah satu aktiviti saya. On the way nak balik asrama, pegang bawah leher. Rasa sakit semacam je..takkan aku kena beguk kot??Aish..takleh jadi nie..terus col mak ku di kampung.."Mak,akak rasa akak kena beguk la"."Hang pi la klinik..beguk klau biar sakit nanti..pastu plak berjangkit". Terus balik asrama,ambil kad matrix dan bergegas ke klinik UMP.

DR: Yes miss, how can i help you?
ME: I think i have mumps on my neck.
DR: Let me see.
After a while...
DR: I think this is not the mumps. It is mesals (as spell by the doc).
ME: A'a..okey.
After a brief explanation..i was thinking..What is measles (actual spelling)??

Balik bilik,terus cari dalam kamus. Rupa2nya..demam campak.Patut la doc ckp takde ubat. Dan kini bdn aku mula start sakit2 sendi n gatal2..2 weeks doc ckp nak sembuh sepenuhnya. Huhu..sila baca info selanjutnya untuk mengetahui serba-sedikit tentang demam campak ini.

Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan viruChickenpoxs measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

* Demam tinggi
* Batuk, selsema dan sakit tekak
* Mata berair dan sensitif kepada cahaya
* Sakit otot

Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

* Jangkitan pada telinga
* Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
* Jangkitan pada otak (encephalitis)
* Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :

* Panadol untuk mengurangkan demam
* Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
* Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan.









1 comments:

 

©Copyright 2011 Ini Kisah Kami ;) | QQB

Web Analytics