Happy Father's Day 2010

Sunday, June 20, 2010 0 comments
Hari nie 20 Jun 2010 merupakan Hari Bapa yang disambut oleh seluruh dunia. Ayah,daddy,papa,abah,baba,abi dan seumpamanya perkataan yang dipanggil oleh setiap insan didunia ini pada seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Bagiku, erti pengorbanan seorang ayah tidak ternilai untuk kita membalasnya kembali. Bermulanya saat si isteri mengandungkan anaknya, seorang ayah akan berusaha memenuhi keperluan si ibu dan anaknya, mencari nafkah dengan titik-titik peluhnya sendiri. Saat si ayah mengazankan/menqamatkan anaknya..maka kegembiraan akan terpancar di sinar matanya kerana zuriatnya kini telah lahir ke dunia. Saat paling menggembirakan apabila si anak mula pandai memanggil dirinya,"ayah@papa@abah"..Maka disitu telah tersulam satu impian di mana dia ingin melihat anaknya berjaya di dalam hidup. Walaupun ayah tidak menyusukan kita..namun pengorbanan mencari nafkah demi membesarkan seorang anak dengan sempurna adalah sesuatu yang tidak akan terbalas. Bayangkan dari saat anaknya lahir sehingga sekarang,berapa ratus mahupun ribuan juta telah dihabiskan demi melihat zuriatnya sihat dan gembira di depan mata. Namun, apakah kita sebagai anak sedar akan hakikat itu?

Sempena Hari Bapa hari ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayahku ISMAIL BIN MORAD kerana pengorbanan yang ayah berikan tak terbalas oleh akak..Melihat kegembiraan ayah dengan kejayaan anak-anak cukup membuatkan akak berasa bangga lahir sebagai anak ayah. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan sesuatu untuk ibuku, SOPUAN BT ZAKARIYA..Semoga mak panjang umur dan murah rezeki selalu. Untuk bakal ayah mertuaku, CIKGU MOHD BIN OMAR..selamat hari bapa dan buat bakal ibu mertuaku..ZAINUN BT ISMAIL..terima kasih kerana sudi menerima diriku menjadi sebahagiaan dari keluarga.

Buat kekasih yang tersayang..MOHD IZWAN BIN MOHD..terima kasih kerana memberi ruang dalam blog ini untuk saya menitipkan sesuatu sekali sekala. Happy Father's Day even kita takde anak lagi..tapi anak-anak patung banyak.Kira diterima jugak la kan??


Buat abg apis, selamat hari bapa. Sesungguhnya Arfan Danish comel sangat2..Rasa nak cubit2 pipi dia.


Ikhlas dariku,

Zue...(",) 

 




0 comments:

 

©Copyright 2011 Ini Kisah Kami ;) | QQB

Web Analytics